SHAKLEE BASIC H, SAYUR LAYU JADI SEGAR

Salam sayang all...=) Today mummysayf nak share testimoni pengguna tegar Basic H. Sayur-sayuran dari layu jadi kembang semangkuk...jom kita baca!!


Shaklee Basic H


Testimoni 1

Cuci sayur dengan Shaklee Basic-H.
Sesetengah orang tidak mahu mengambil supplement, dengan alasan, mahu dapatkan dari sumber yang segar dan semulajadi, melalui sayur-sayuran dan buah-buahan. Memang bagus hasrat tersebut. Namun, adakah anda yakin sayur yang di masak benar-benar bersih?
Jom ikuti eksperimen kami bersama Basic H.

  
Titiskan beberapa titis basic H ke dalam mangkuk yang berisi sayur layu, dan dicampurkan dengan separuh mangkuk air paip serta dibiarkan selama 15-20 minit.

 
Hasilnya : Sayur yang berseri-seri!

 
Hasil di dalam mangkuk : Kotoran hasil dari semburan pestisid ke atas sayur-sayuran.

 
Close up : Kotoran ini yang tersembunyi dari mata kasar kita dan sukar untuk ditemui sekiranya sayur dicuci dengan air paip sahaja.


Testimoni 2


Testimoni 3


SHAKLEE BASIC H is a must have item in the house!!! Get one for your home... ia SEMULAJADI, ORGANIK, SELAMAT DAN BERKESAN!!

Anda mungkin meminati:

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Fuzza Nisa 

Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Email: sayfuzanwar@hotmail.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

TIPS MENCUCI SAYURAN

Salam sayang dear readers....=)
Mummysayf amat gemar makan sayur. Pengambilan sayur-sayuran adalah sangat penting dalam diet seharian kita. Makan sayur-sayuran dapat membantu memelihara kesihatan tubuh badan, namun jangan kerana kelalaian membersihkan sayuran kita dibebani penyakit-penyakit lain pula.


Sayuran perlu dicuci dan dibersihkan dengan betul. Ini kerana kebanyakan sayur-sayuran mengandungi pelbagai bahan kimia dan racun serangga untuk mengelakkan sayur-sayuran daripada dimakan ulat dan serangan penyakit. 

Jadi, biasakan diri untuk mecuci sayur-sayuran terlebih dahulu sebelum dimasak untuk menyingkirkan bahan kimia yang terdapat pada sayuran. Jom baca tips mudah untuk mencuci sayuran:
  • Cuci sayuran sebelum dipotong agar zat-zat penting didalam sayuran tersebut tidak hilang dan larut bersama air.
  • Gunakan air bersih yang mengalir untuk membersihkan daun dari bahan kimia berbahaya dan bersihkan tanah yang masih melekat pada akar sayur-sayuran.
  • Ketahui usia sayuran untuk meminimumkan kandungan zat kimia yang melekat pada batang atau daunnya. Racun serangga yang digunakan pada ketika merawat sayur-sayuran membuatnya lebih kebal terhadap hama dan jangkitan penyakit, tetapi memerlukan waktu yang lebih lama untuk hilang ketika mencucinya.
  • Sayur-sayuran organik mudah dibersihkan kerana tidak mengandungi bahan kimia, namun ia agak mahal. Walau apa jua jenis sayuran yang diambil, sebaik-baiknya cuci sayuran sebelum memasaknya.

RAHSIA CUCI SAYUR MUMMYSAYF!!!


Mummysayf mengunakan SHAKLEE BASIC H, pencuci organik untuk mencuci sayuran. Caranya mudah,  firstly cucikan sayur dulu. Then, just titiskan sedikit Basic H kedalam basin berisi air dan rendam untuk 15-20minit. Done!!! =) 

So, dapatkan Shaklee Basic H anda sekarang!!! Bukan hanya untuk cuci sayur...tapi ada 1001 kegunaan Shaklee Basic H ini....memang berbaloi.....
Shaklee Basic H2 - Pencuci Organik

Anda mungkin meminati:


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

SHAKLEE BASIC H2, Organic Super Cleaning Concentrate

Shaklee Basic H2 Organik

TANPA TOKSIK, CARA MEMBERSIH SEMULAJADI


Satu jumlah penjimatan yang luarbiasa, benar-benar berkuasa, pembersih handal yang menanggalkan minyak gris degil hanya dari sebotol pencuci pekat Basic H2 Organik dengan kepekatan berganda yang hebat. 

  • Berkepekatan tinggi - 473ml (16oz) membuat 182 liter (48galen) pencuci berkuasa hebat.
  • Digunakan bagi beribu-ribu kerja rumah - membuang kotoran, minyak gris dan kotoran dari mana-mana permukaan yang boleh dibasuh, luar dan dalam, dinding-dinding, tingkap-tingkap dan cermin-cermin, lantai, peralatan dapur, dapur masak, mana-mana bahagian tertutup dan perabot.
  • Kesan calar balar yang mengandungi minyak gris degil meninggalkan kesan comot yang digunakan bagi membersihkan laluan minyak, tempat pembakar gril, ketuhar dan lain-lain lagi.
  • Formula paten tertunda tanpa perlu dibilas, tiada kesan comot dan tiada kesan calar.


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:
Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

TIPS KESUBURAN KAUM ADAM

Bukan sahaja kaum Hawa perlu menitikberatkan kesuburan, malah kesuburan juga penting bagi kaum lelaki dan sebagai seorang suami. Pil viagra sering kali dikaitkan dengan kesihatan lelaki, namun kita masih mempunyai alternatif lain yang lebih selamat dan semulajadi. Menjaga pemakanan seharian dan pengambilan vitamin atau supplemen adalah pilihan yang lebih bijak kerana ianya selamat dan berkesan.


Bagaimana mendapatkan sperma yang sihat dan berkualiti? Bagaimana meningkatkan kesuburan lelaki?

Lelaki menghasilkan 100juta sperma sehari atau lebih kurang 1,000 sperma setiap degupan jantung. Dalam kebanyakkan kes, bagi mendapatkan sperma yang sihat dan berkualiti ialah dengan secara membekalkan bahan nutrisi yang mencukupi. Antara langkah-langkah bagi menghasilkan sperma yang sihat ialah:

1. MENGEKALKAN BERAT BADAN YANG OPTIMA

Lemak badan yang terlalu sedikit ataupun terlalu banyak boleh menjejaskan penghasilan hormon-hormon kesuburan lelaki, antaranya

  • GnRH (Gonadotropin Releasing Hormone) - ia dihasilkan oleh hypothalamus dan merangsang kelenjar pituitari merembeskan LH dan FSH
  • LH (Luteinizing Hormone) - ia dirembeskan oleh bahagian depan kelenjar pituitari yang berfungsi untuk memberi isyarat kepada sel tertentu di testikel untuk menghasilkan hormon testosterone.
  • FSH (Follicle Stimulating Hormone) - juga dirembeskan oleh bahagian depan kelenjar pituitari bagi tujuan merangsang sel di testikel menghasilkan sperma.
  • Testosterone - dihasilkan di sel yang khusus di testikel bagi merangsang penghasilan sperma dan meningkatkan keghairahan seksual. 
Oleh kerana, lemak badan berkait rapat dengan penghasilan hormon-hormon kesuburan lelaki tersebut, seorang lelaki akan menghasilkan sperma yang sihat apabila ia berada pada berat badan yang ideal dan optima.

2. BERSENAM SECUKUPNYA

Menjadi aktif dari sudut fizikal adalah sangat baik bagi kesuburan lelaki. Akan tetapi senaman yang terlalu memenatkan secara berulang kali dapat menjejaskan tahap hormon kesuburan lelaki sehinggakan boleh menjejaskan kualiti sperma.

3. MENGAWAL STRESS

Stress dan tekanan emosi akan meningkatkan penghasilan hormon kortisol yang mana boleh menyebabkan perubahan kepada penghasilan hormon-hormon kesuburan lelaki di atas dan menjejaskan kualiti sperma. 

4. PENGAMBILAN MAKANAN ATAU SUPPLEMEN/VITAMIN TAMBAHAN YANG KAYA DENGAN ZAT-ZAT YANG DAPAT MEMPENGARUHI KUALITI SPERMA

I. VITAMIN C
  • Melindungi sperma dari kerosakan akibat proses oksidasi dan memulihkan kualiti sperma terutamanya bagi perokok. 
  • Sesetengah lelaki mengalami masalah sperma yang melekat di antara satu sama lain membentuk ketulan (agglutinasi) dan ia akan menjejaskan kesuburan. 
  • Vitamin C didapati berupaya mengurangkan masalah agglutinasi sperma.
II. ZINK
  • Kekurangan Zink dapat mengurangkan bilangan sperma dan meyebabkan masalah mati pucuk. 
  • Kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai bilangan sperma  yang tinggi didalam air mani juga berkadar terus dengan tahap zink yang tinggi. 
  • Beberapa kajian menunjukkan lelaki yang mengamalkan supplemen zink dapat memperelokkan kualiti sperma, meningkatkan jumlah bilangan sperma, membantu pergerakkan sperma dan keupayaan mensenyawakan ovum oleh sperma. 
III. VITAMIN E
  • Kajian awal menunjukkan pengambilan Vitamin E untuk lelaki dan wanita berupaya meningkatkan kesuburan.
  • Vitamin E bertindak sebagai antioksidan untuk mengurangkan kerosakan kepada sperma akibat gejala radikal bebas.
IV. ASID FOLIK ATAU VITAMIN B9
  • Pengambilan asid folik atau vitamin B9 didapati dapat meningkatkan jumlah bilangan sperma bagi lelaki yang bermasalah.
  • Sumber semulajadi: sayuran hijau, kekacang, hati, lobak, ayam, tuna, cendawan, oren, bayam, pisang dan etc.
V. SELENIUM
  • Kajian terhadap lelaki yang mengamalkan Selenium sebanyak 100mcg sehari selama 3 bulan menunjukkan bahawa ianya dapat memperbaiki daya gerak sperma akan tetapi ianya tiada kesan pada jumlah bilangan sperma.
  

CADANGAN SUPPLEMEN UNTUK KAUM LELAKI

Set Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.

  1. OmegaGuard
  2. Vita-E Complex with Selenium
  3. Zinc Complex


Shaklee Vita-E Complex, Zinc Complex & OmegaGuard

Kebaikan:

  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolesterol yang sihat
Dapatkan Set Men's Vital Health Shaklee harini!! 

Anda mungkin meminati:
- 9 Zat Penting untuk Kaum Adam
- Cara semulajadi kuatkan jantung
- Khasiat Vivix

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

KHASIAT OMEGAGUARD, IBARAT PENJAGA SI COMEL ANDA

Kita seringkali mengamalkan makanan dan supplemen yang mengandungi Omega-3. Tetapi ramai antara kita yang masih tidak mengetahui apa itu Omega-3. Omega-3 adalah sejenis lemak yang tidak dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu memenuhinya daripada makanan yang kita makan. Omega-3 adalah lemak yang boleh dijumpai di beberapa jenis ikan dan tumbuhan. Omega-3 termasuk dalam kategori lemak baik yang berguna untuk kesihatan.


Sepanjang tempoh kehamilan, anda disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 250mg asid lemak Omega-3 setiap hari. Tetapi, minyak Omega-3 khususnya amat penting sepanjang trimester terakhir. Ini kerana, dalam tempoh ini, bayi anda menggunakan Omega-3 untuk membantu hampir 70% dari sistem otaknya. Selain itu, sistem saraf bayi juga disempurnakan dalam tempoh ini.

MANFAAT SEPANJANG KEHAMILAN


Omega-3 biasanya berperanan penting dalam perkembangan dan pertumbuhan bayi dalam rahim. Ini kerana, Omega-3 membantu:
  • Perkembangan otak
  • Janin bergantung bekalan DHA ibu untuk mengembangkan otaknya. Janin mendapatkan DHA dari plasenta dan seterusnya melalui air susu ibu. 
  • DHA merupakan bahan pembangun jaringan otak dan khususnya tersedia dalam jumlah besar didalam otak.

MEMBENTUK RETINA

  • DHA juga baik untuk membentuk retina dan menguatkan fungsi visual. Di dalam sebuah kajian, pengkaji mengikut perkembangan 70 orang ibu dan bayi mereka dari usia empat hingga 8 bulan. Pengkaji mengukur ketajaman visual dan kemampuan kognitif visual dengan menunjukkan gambar bayi dan mengukur reaksi.
  • Hasilnya, bayi yang lahir dari ibu dengan kadar DHA tinggi memiliki keterampilan visual yang lebih tinggi.

MENGEMBANGKAN SISTEM SARAF

  • DHA ternyata membantu meningkatkan kemampuan belajar dan fungsi kognitif anak.

MEMBENTUK PERKEMBANGAN JANTUNG DAN SISTEM PERNAFASAN BAYI

  • Kajian menunjukkan bahawa EPA penting untuk membantu perkembangan jantung dan sistem pernafasan janin serta bayi. 
  • Mengambil asid lemak Omega-3 sepanjang kehamilan juga terbukti boleh membantu ibu dan bayi dalam jangka panjang. Banyak kajian dilakukan pada bayi yang terdedah dengan Omega-3 dengan dos yang mencukupi sepanjang kehamilan.
  • Hasilnya, bayi-bayi ini menunjukkan tahap perhatian yang lebih panjang dan ketajaman visual yang lebih besar, jika dibandingkan dengan anak-anak yang tidak terdedah dengan sumber Omega-3.
  • Selain itu, perkembangan mereka juga dua bulan lebih cepat berbanding dengan anak-anak yang tidak terdedah dengan Omega-3.
Makanya, Omega-3 ini ibarat penjaga untuk si kecil anda....


Shaklee OmegaGuard


Kenapa perlu memilih Shaklee OmegaGuard untuk Si Comel anda??


Kerana Shaklee OmegaGuard adalah Minyak Ikan Terbaik di Dunia. Ia mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak Omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat didalam kebanyakan jenis ikan.


Puan Roslina telah memilih Shaklee OMEGAGUARD untuk Si Comelnya.....anda bila lagi???


Anda mungkin meminati:
- Tips Penjagaan Jantung dengan Omega
- Cegah Artritis Sebelum Terlambat
- Bukan Semua Lemak Buruk Belaka
- Makanan Berkhasiat Semasa Hamil


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

TIPS DIET SECARA SIHAT

Salam sayang All and Happy Saturday....=)

Pagi tadi sambil-sambil masak breakfast, mummysayf sempatlah menyelak majalah mingguan wanita. Terjumpa artikel best on Tips Diet Secara Sihat. Hope tips ini dapat membantu sesiapa yang sedang atau ingin menguruskan badan. Cuma pesanan mummysayf, janganlah kita obses dalam proses menguruskan badan kerana ia akan mengundang STRESS... so just relax and berdiet secara sihat.....=)


TIPS DIET YANG SIHAT


  • Ambil 5 sajian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Buah dan sayuran dapat diambil sebagai snek di antara sarapan pagi dan tengah hari, atau di antara waktu minum petang dan makan malam.
  • Makan 2 hingga 4 sajian protein setiap hari.
  • Makanan sumber protein seperti ikan, produk susu, dan telur, soya dan kacang-kacangan.
  • Makan sedikit (2 sajian) ikan kaya Omega-3.
  • Kurangi lemak, terutama lemak jenuh. Gunakan minyak zaitun seperti di dalam hidangan salad sebagai pengganti mayonis, pilih daging atau ayam tanpa lemak.
  • Kurangkan makanan bergula.
  • Tambahkan gula secukupnya pada jus, gantikan minuman bersirap dengan air putih dan elakkan minuman berkarbonat.
  • Pilih makanan berkarbohidrat kaya serat seperti roti dan bijirin penuh.
  • Minum banyak air.
  • Ambil produk susu, telur dan yogurt rendah lemak.
  • Kurangkan makanan segera kerana ia mengandungi banyak lemak jenuh dan kurang nutrisi penting seperti serat, vitamin dan mineral.

CADANGAN SUPPLEMEN UNTUK KURUSKAN BADAN


1. BAKAR LEMAK - SHAKLEE LECITHIN/OMEGAGUARD

Shaklee Lecithin dan OmegaGuard


2. BUANG LEMAK - SHAKLEE HERB-LAX/ALFALFA COMPLEX

Shaklee Herb-Lax dan Alfalfa Complex
                                      

3. BINA OTOT / SUMBER PROTEIN - SHAKLEE CINCH/SOY PROTEIN ISOLATE POWDER (ESP)

Shaklee Cinch dan Soy Protein Isolate Powder (ESP)
                                                    
Sesuai untuk ibu menyusu yang ingin kuruskan badan juga. Cadangan jadual pengambilan supplemen disertakan dan konsultasi berterusan percuma diberikan. InsyaAllah....mummysayf doakan agar rakan-rakan semua berjaya dalam proses mendapatkan berat badan ideal....gud luck and all the best!!

Anda mungkin meminati:

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

HEMOGLOBIN (HB) MENINGKAT DALAM TEMPOH SEMINGGU?

Hemoglobin (HB) rendah atau anemia adalah masalah yang seringkali di alami oleh ibu hamil. Tahukah anda setiap seorang daripada tiga orang ibu mengandung menghadapi masalah anemia atau HB rendah. 

Anemia during Pregnancy
Apa itu ANEMIA? Anemia adalah sejenis penyakit yang mengalami kurang kepekatan darah merah daripada biasa. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia. Antara sebab-sebab punca kurang darah adalah kerana ibu kurang mengambil makanan yang mengandungi zat besi, ibu yang kerap bersalin dan pendarahan dari faraj. 

SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA ANEMIA


Apabila seseorang itu mengalami masalah kurang kepekatan darah, biasanya akan kelihatan lemah dan lesu. Ibu hamil juga akan mengalami sesak nafas terutama apabila memasuki trimester 2 dan 3 kerana perut pun semakin membesar. Selain itu ibu hamil mungkin akan berasa pitam bila bangun dan sentiasa rasa pening.
Simptom Anemia
Ibu mengandung boleh mengesan awal penyakit anemia ini apabila melakukan pemeriksaan bulanan di hospital atau klinik-klinik kesihatan. Di mana setiap bulan mereka akan melakukan pemeriksaan darah atau "full blood count" dan apabila paras HB kurang daripada 11g dalam sel darah merah. 

RISIKO DAN BAHAYA ANEMIA SEMASA HAMIL


Apabila menghadapi masalah anemia semasa hamil jangan dianggap suatu perkara yang "biasa" dan jangan dipandang remeh. Banyak risiko yang akan dihadapi dan antaranya ialah:
  • Kemungkinan melahirkan bayi tidak cukup bulan
  • Mungkin mengalami risiko keguguran
  • Bayi meninggal didalam perut
  • Bayi kecil atau tidak cukup berat badan
  • Risiko yang sangat tinggi mengalami tumpah darah selepas bersalin
  • Mudah mendapat penyakit berjangkit
  • Anemia yang teruk boleh mengancam nyawa ibu dan bayi


ATASI ANEMIA



Bagi mengatasi masalah anemia, ibu hamil perlu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Antara makanan yang kaya dengan zat besi ialah buah kurma, kismis, sayuran hijau spt sayur peria, sawi, bayam, biji-bijian, daging, ayam, ikan dan kerang. Rehat dan tidur yang mencukupi juga sangat penting. Selain itu, pengambilan supplemen Zat Besi/ Iron juga dapat membantu sebagai pelengkap untuk mencukupi kekurangan yang dialami.


CADANGAN SUPPLEMEN IBU HAMIL



Fokus utama untuk mengatasi masalah HB rendah atau Anemia ini ialah Vita-Lea with Iron Formula dan pengambilan bersama Vitamin C adalah sangat digalakkan bagi membantu penyerapan zat besi yang maksimum. 

Jom kita baca apa kata mereka yang sudah mencuba:



Berikan yang terbaik untuk diri dan bayi anda...=)

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

OMEGAGUARD, Bukan Semua Lemak Buruk Belaka

LEMAK! LEMAK! LEMAK!

Sebut pasal lemak je mesti semua risau dan runsing. Tetapi tahukah anda bukan semua tentang lemak buruk belaka. Ada juga lemak yang baik iaitu Asid Lemak Omega-3. Banyak kajian menunjukkan bahawa Omega-3 khususnya DHA boleh menurunkan risiko depresi pada wanita, membantu perkembangan daya penglihatan janin dan mengatur pola tidur bayi yang baru lahir.

Terdapat tiga jenis utama asid lemak Omega-3:

1. Asid Eicosapentaenoic (EPA)
    - Biasanya terdapat pada ikan dan minyak ikan.


2. Asid Docosahexanoic (DHA) 

     - Amat penting untuk tubuh dan biasanya terdapat banyak pada ikan.


3. Asid Alpha-Linolenic (ALA) 

     - Boleh didapati pada sebahagian besar biji-bijian, minyak sayur dan sayuran hijau. 
     - Didalam tubuh ALA akan diubah menjadi EPA dan seterusnya menjadi DHA

KEPENTINGAN DAN KHASIAT OMEGA-3


Kita disarankan mengambil Omega-3 didalam diet seharian walaupun ketika tidak hamil. Selain untuk kesihatan kehamilan, khasiat Omega-3 juga merangkumi:

  • Mengurangi kemungkinan preeklampsia. Apa itu preklampsia? Preeklampsia merupakan penyakit yang dimulai dengan penambahan tekanan darah secara bertahap dan seringkali diikuti dengan pengeluaran protein melalui air kencing dan pembengkakan berlebihan pada kaki, tangan dan wajah.
  • Mengurangi risiko depresi setelah melahirkan bayi.
  • Meminimumkan kemungkinan melahirkan bayi pra-matang.
  • Melindungi jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi.

SUMBER OMEGA-3

  • Omega-3 boleh ditemui pada ikan dan produk minyak ikan seperti ikan makerel, ikan haring dan ikan salmon.
  • Tuna segar dan tuna beku.
  • Makanan yang diperkaya dengan pelbagai vitamin seperti telur yang diperkaya dengan Omega-3, roti dan jus.
  • Minyak biji bunga matahari.
Sumber Omega-3

Selain itu terdapat supplemen minyak ikan Omega-3 dipasaran. Pilihan hati mummysayf semestinya Shaklee OmegaGuard



Kenapa anda perlu memilih Shaklee OmegaGuard??


Kerana Shaklee OmegaGuard adalah Minyak Ikan Terbaik di Dunia. Ia mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak Omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat didalam kebanyakan jenis ikan.

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

Makanan Berkhasiat Semasa Hamil

Mummysayf masih tidak dapat melupakan betapa indahnya saat mengetahui pabila disahkan mengandung BabySayf...=) Hanya Allah mengetahui isi hati seseorang pabila dirinya mengetahui bakal menjadi seorang ayah dan ibu. Pada masa yang sama, perasaan bimbang dan risau juga menyelubungi diri especially for first pregnancy. Pada saat itu juga sebagai seorang ibu dan ayah kita akan cuba berikan yang terbaik buat anak kita sejak dalam kandungan lagi.

Ibu Hamil Perlu Menjaga Pemakanan

Jika dahulunya kita tidak menitikberatkan pengambilan diet seimbang, tetapi pabila kita hamil jenis makanan yang diambil perlulah dititikberatkan. Ini kerana apa yang kita makan memberi kesan kepada tumbesaran anak didalam kandungan.

Entry kali ini nak share antara makanan yang diamalkan mummysayf ketika hamil:

1. Buah Kurma


Kurma
  • For Muslims, Kurma adalah amalan sunnah Nabi SAW.
  • Kurma kaya dengan Zat Besi - so pada ibu-ibu hamil yang kekurangan HB, sila amalkan memakan buah kurma setiap hari.
  • Kurma juga kaya dengan khasiat lain seperti protein, serat, glukosa, Vitamin A dan C, Sodium dan Potassium.
  • Sabda Nabi SAW: "Berilah makanan kurma pada wanita Hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)"

2. Buah Kismis

Kismis
  • Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan.
  • Sebanyak 60% berat buah kismis terdiri daripada gula, dimana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi glukosa.
  • Kismis kaya dengan antioksidan berbanding buah prune dan aprikot. 
  • Antara khasiat pengamalan kismis ialah dapat mencerdaskan minda, membersihkan hati dan mencerahkan mata.
  • Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa memakan Kismis Merah 21biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali mati".

3. Madu

Madu Lebah
  • Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat, hendaklah ia meminum madu".
  • Madu kaya dengan segala macam jenis khasiat dan merupakan sumber utama vitamin dan mineral.
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan mencegah diserang anemia.
  • Madu dapat meningkatkan kadar serapan kalsium di dalam badan.
  • Ia dapat menambah tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan juga saat melahirkan.
  • Dapat mencegah penyakit yang sering di alami ibu hamil seperti kencing kotor, darah tinggi, kencing manis dan batuk selsema.

4. Kacang Badam

Kacang Badam
  • Kacang Badam mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi dan mempunyai 20kali lebih protein daripada bijirin yang lain.
  • Badam dapat mengurangkan paras kolestrol, merendahkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.
  • Kacang badam mempunyai kandungan folate yang tinggi. Folate adalah sangat penting bagi ibu mengandung untuk mengelakkan kecacatan pada bayi ketika hamil.

5. Saffron 

Bunga Saffron
  • Saffron dipercayai berasal daripada Asia Barat dan paling banyak ditemui di Parsi.
  • Herba saffron ini telah digunapakai di dalam perubatan Ayurveda sejak ribuan tahun dahulu.
  • Saffron boleh diambil oleh wanita yang mempunyai masalah haid tak menentu serta bagi yang mahu hamil kerana ia dapat menambah tenaga zahir dan batin.
  • Bagi ibu mengandung, saffron dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi di dalam kandungan.
  • Ujian klinikal mengesahkan ektrak saffron dapat menurunkan tekanan darah dan melancarkan sistem respirasi.
  • Saffron amat baik diberikan untuk bayi dan kanak-kanak kerana ia dapat merangsang minda dan fizikal mereka.

6. Air Kelapa Muda

Air Kelapa Muda
  • Sudah menjadi tradisi turun-temurun menyarankan ibu hamil mengamalkan air kelapa muda terutama masuk trimester ketiga.
  • Air kelapa muda ini kaya dengan kalsium, klorida, potassium, magnesium, sodium dan riboflavin.
  • Ia dikenali minuman isotonik semulajadi kerana dapat membantu dalam rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.
Ini adalah antara amalan pemakanan mummysayf semasa pregnant BabySayf last year....Alhamdulillah, ianya sangat-sangat membantu....=) Disamping itu, mummysayf amalkan juga supplemen-supplemen yang sangat essential dan diperlukan tubuh semasa mengandung. Apapun perlu diingat, supplemen ini hanya pelengkap, yang paling penting adalah kita jaga pengambilan makanan dan diet seharian.


CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU HAMIL / IBU MENGANDUNG


Supplemen Ibu Hamil Shaklee

  • Diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Mengandungi Iron Formula (Zat Besi) yang membantu meningkatkan hemoglobin (HB) ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah. 
  • Mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.
  • Shaklee B-Complex ini dilengkapi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
  • Dapat membantu tubuh lebih bertenaga, otak lebih fokus, menstabilkan emosi dan anti stress.
  • Dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
  • Shaklee Sustained Release Vita-C unik kerana melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa  lima jam.
  • Pengambilan bersama Vita-Lea Iron Formula dapat meningkatkan penyerapan iron dalam.
  • Vitamin C juga penting untuk meningkatkan sistem imunisasi dan penyembuhan luka.

4. OSTEMATRIX

  • OsteMatrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan banyak lagi.
  • Kandungan kalsium di dalam diet harian semasa hamil adalah sangat penting bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium sedia ada didalam tubuh anda.
  • Kalsium dapat membantu menghalang kekejangan otot yang dialami sepanjang tempoh kehamilan.

5. OMEGAGUARD

  • OmegaGuard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain.
  • Pengambilan OmegaGuard bagi ibu hamil hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 (trimester 2).
  • Pengambilan OmegaGuard sewaktu hamil dapat membantu pembentukan sel otak janin sejak dalam kandungan lagi.
  • Anak-anak yang ibunya mengamalkan Omega-3 sejak hamil mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan dan kemampuan berbicara.
Anda mungkin meminati:

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

TESTIMONI ADVANCED JOINT HEALTH TABLET

Salam sayang dear readers......=) Ada yang merana kerana sakit sendi tak? Atau ibubapa mengadu sakit sendi or sakit lutut? Jangan biarkan sakit sendi menghantui dan menganggu kehidupan seharian anda sekeluarga.


Jom dapatkan Advanced Joint Health Tablet Shaklee khusus untuk kesihatan sendi anda.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet bertindak dan memberi manfaat dalam 3 cara:

1. MENYOKONG KESELESAAN SENDI


  • Mengandungi Ekstrak Boswellia, yang menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
  • Boswellia adalah sejenis herba yang banyak digunakan dalam perubatan ayurveda (traditional medicine of India). Ekstrak boswellia adalah daripada gum resin pokok boswellia.
  • Ekstrak Boswellia ini kaya dengan boswellic asid yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. 

2. BERTINDAK SEBAGAI KUSYEN


  • Mengandungi Ekstrak Jagung yang membantu mengekalkan tulang rawan.
  • Ekstrak Jagung membekalkan sumber glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan memelihara tulang rawan. 
  • Glukosamina bertindak seperti minyak pelincir untuk melindungi tulang daripada cedera akibat sentuhan kerap antara tulang.

3. MEMELIHARA TISU PENYAMBUNG YANG SIHAT


  • Mengandungi Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk menyokong dan memberi nutrien penting untuk kesihatan sendi.

Testimoni pengguna Shaklee Advanced Joint Health Tablet :




Haaa!! Apa tunggu lagi?? Ramai yang dah amalkan dan menampakkan kesan yang positif dengan pengambilan Advanced Joint Health Tablet Shaklee. Hadiahkan untuk diri anda dan ibu bapa tercinta. 



Anda mungkin meminati:
- Sendi Sihat
- Cegah Hilang Upaya Akibat Artritis
- Ekstrak Boswellia dan Advanced Joint Health Tablet


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

TEKNIK PENYUSUAN SUSU IBU

Salam sayang all...=) Adalah sangat penting untuk mommies menyusu dengan ilmu. Jangan tunggu sehingga bersalin baru kita terkapai-kapai untuk mencari ilmu. Jikalau boleh buatlah persiapan awal terutama for first time mommies. "Sediakan payung sebelum hujan". At least, kita sudah mengetahui teorinya cuma tinggal mengaplikasikan secara praktikal. So, today mummysayf nak share sedikit info on Teknik Penyusuan Susu Ibu/Susu Badan. 

TEKNIK/POSISI PENYUSUAN SUSU IBU


1. POSISI SILANG LENGAN (CROSS ARM/CROSS CRADLE HOLD)

Posisi yang baik jika bayi anda kecil atau tidak sihat. Ia membolehkan anda menyokong kepala dan tubuh bayi dengan baik. Berhati-hati agar kepala bayi tidak dipegang dengan terlampau kuat sehingga tidak boleh bergerak.

2. POSISI DUKUNG (CRADLE HOLD)

Lengan bayi didakap di sisi anda. Berhati-hati yang kepala bayi tidak terlalu jauh dari kelok lengan anda dan payu dara anda tidak tertarik ke sebelah.

3. POSISI BAWAH LENGAN (UNDERARM/FOOTBALL HOLD)

Cara yang berguna jika anda mendapat bayi kembar. Dalam posisi ini anda dapat perhatikan bagaimana bayi melekap di payu dara. Berhati-hati agar bayi tidak membengkokkan leher dan menekan dagunya ke dada.

4. POSISI BERBARING (LYING DOWN)

Membantu anda berehat, terutama jika anda menjalani pembedahan Caesarian. Pastikan hidung bayi sama paras dengan puting anda dan dia tidak perlu membengkokkan lehernya untuk mencapai payu dara.

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN!!!

  • Tubuh anda harus disokong dengan baik dan anda memegang bayi rapat pada payu dara.
  • Pastikan anda tidak menyandar ke belakang dan menarik payu dara dari bayi anda.
  • Elakkan daripada menyandar di atas katil atau menggunakan kerusi tanpa sokongan untuk bahagian belakang anda
  • Jika perlu, gunakan bantal, kusyen atau selimut yang dilipat untuk membantu menyokong anda dan bayi.
  • Sediakan segelas air dekat anda, anda mungkin akan berasa dahaga ketika menyusu!!
Mummysayf berharap, sedikit tips yang dikongsikan pada entry kali ini dapat memberi manfaat untuk kita bersama. InsyaAllah....

CADANGAN SUPPLEMEN UNTUK IBU MENYUSU


Bagi ibu menyusu, cadangan pengambilan supplemen Shaklee Soy Protein Isolate powder (ESP), Alfalfa Complex dan OsteMatrix sangat membantu. Namun perlu diingat supplemen hanyalah pelengkap bagi menutup kekurangan nutrien. Mommies perlu juga menjaga diet yang seimbang...=)

Shaklee Soy Protein Isolate Powder, Alfalfa Complex dan OsteMatrix

Mommies mungkin juga meminati:


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Fuzza Nisa
Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509
Email: sayfuzanwar@hotmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf

DIARI SEORANG IBU: TANDA-TANDA ANDA HAMIL!!

Good morning my lovely readers...have your morning with a big smile =) Pagi ni mummysayf nak share tanda-tanda kehamilan yang membawa seribu satu kemanisan dan kebahagiaan bagi seorang yang bakal bergelar ibu. Walaupun ada sesetengah kita yang mengalami simptom yang teruk, sakit dan tak larat, tapi semuanya akan hilang di saat kita mendakap si comel tersayang...insyaAllah. Tq sis Safuhah for sharing this piece of info...=)


ANTARA TANDA-TANDA ANDA HAMIL



1. Bengkak payudara dan puting sensentif

Ini merupakan salah satu tanda yang sangat ketara ketika ibu mula hamil. Ibu akan rasa sakit dan bengkak payudara serta kawasan areola yang semakin hitam..Ini adalah kerana badan ibu sedang bersedia untuk menghasilkan susu. Jadi hormon meningkat yang menyebabkan simptom ini. Selain itu puting pun akan terasa lebih sensitif. Gambar breast kiri adalah sebelum hamil dan kanan adalah ketika hamil.

2. Loya atau 'morning sickness'

Kebanyakkan wanita mengalaminya. Sesetengah pakar mempercayai ia berlaku akibat ketidakserasian gene ibu dan ayah ketika bersatu (tetapi ini tidak membawa apa-apa maksud dlm kehidupan). Selalunya simptom ini hadir di waktu pagi ketika menggosok gigi, makan sarapan atau minum air tetapi ada juga ibu yang dapat simptom ini di hujung hari menjelang maghrib. Ada juga yang loya seharian tidak boleh makan dan minum sepanjang hari sehingga terpaksa di masukkan ke hospital.
Loya ini boleh di atasi dengan mengambil porsi makanan yang kecil tetapi lebih kerap. Ada sesetengah wanita berpendapat makanan masin and susu suam membantu.

3. Keletihan yang melampau

Rasa letih yang melampau.Asyik rasa nak tidur sahaja walaupun beberapa minit. Dalam beberapa minggu awal kehamilan anak yang sedang terbentuk menggunakan tenaga ibu, jadi ibu akan berasa letih.

4. Kerap membuang air kecil

Sebilangan wanita hamil akan rasa janggal pada awalnya kerana kerap ke bilik air. Keadaan uterus yang sedang membesar menekan pundi kencing dan keadaan ibu hamil yang akan menghasilkan lebih banyak air semasa mengandung. Keadaan ini akan kekal sepanjang 9 bulan 10 hari kandungan.

5.Ketidakselesaan perut

Kadang-kadang sesetengah wanita akan rasa sakit dibahagian abdomen. Sakit ini seolah-olah sakit "PMS" yang kita dpt setiap kali sebelum dtg haid. Ini kerana telur yang baru disenyawakan sedang cuba untuk menempel di bahagian dinding uterus ibu. Dan uterus ibu sedang berkembang sebagai langkah bersiap sedia untuk sembilan bulan seterusnya. 

6. Perubahan kulit


Disebabkan ketidakseimbangan hormon, kulit menjadi sensitif dan pigmentasi senang terbentuk..tapi jangan khuatir, ianya untuk sementara sahaja.

7. Peningkatan suhu badan (macam nak demam)

Ibu selalu rasa panas dan mudah rasa macam nak demam. 

8. Perubahan mood dan kerap marah/melenting


Dengan semua perubahan yang saya sebutkan di atas, di tambah pula dengan ketidakseimbangan hormon, kita lebih senang untuk marah dan emosi tidak stabil. Normal jika kadang-kadang ibu rasa sedih, sunyi, suram gembira silih berganti.. Jadi perlu diberitahu kepada suami kt ini semua hanya pembawakkan budak.. :)


CADANGAN SUPPLEMEN UNTUK IBU HAMIL




Sepanjang tempoh kehamilan, adalah sangat penting untuk ibu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Di samping itu, ibu hamil sering kali dinasihatkan untuk mengamalkan vitamin tambahan/supplemen untuk membantu melengkapkan nutrien seharian supaya bayi didalam kandungan mendapat segala khasiat yang mencukupi untuk perkembangan dan tumbesarannya.

Anda juga mungkin meminati:



- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 


Hubungi Fuzza Nisa 

Tel/Sms/Whatsapp: 017-6961509 
Email: sayfuzanwar@hotmail.com 
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/mummysayf